Quantcast
Channel: Pendapatanda
Viewing all articles
Browse latest Browse all 600

Kerja kotor gaji rendah, sebab itu ambil bangla

$
0
0
Ada banyak makna jika disebut 'kerja kotor'. Boleh membawa maksud kerja yang orang tak suka. Boleh juga bermaksud kerja maksiat atau kerja yang dilarang oleh undang-undang.

Dalam bab kerja kotor yang disebut oleh Timbalan Perdana Menteri pilihan Tuhan baru-baru ini, Datuk Seri Zahid Hamidi maksudkan sebagai kerja-kerja buruh samada berat atau boleh mengotorkan badan orang yang melakukannya.

Kerja kotor macam tu termasuklah seperti cuci longkang, tebang pokok, potong rumput, angkut sampah, korek lubang, tabur baja, siram pokok bunga, buat jalan, panjat tiang, tarik kabel, dan lain-lain lagi seumpamanya.

Istilah dalam bahasa inggeris mereka panggil sebagai "3D - dirty, difficult dan dangerous". Memang kerja-kerja yang kotor, susah dan merbahaya tidak mendapat tempat di kalangan anak muda kita sekarang. Bukan saja anak muda, orang tua pun tak hingin.

Punca tak mahu kerja kotor

Puncanya semua orang tahu. Tak ada sesiapa sanggup buat kerja kotor, susah dan merbahaya dengan bayaran gaji yang tidak setimpal. Sebagai contohnya ambil kerja cuci longkang anda hanya dibayar sebanyak RM800 sahaja sebulan.

Kalau tinggal di luar bandar dengan gaji sebanyak itu, mungkin boleh hidup lagi. Tapi tidak mungkin gaji sejumlah itu boleh menyara kehidupan di bandar seperti Kuala Lumpur atau Johor atau Pulau Pinang. Apatah lagi kalau ada anak bini kat rumah yang minta disuap makanan anak kecil yang minta susu yang mahal harganya.

Jelas isu sebenar kat sini bukan orang tak mahu kerja kotor, bukan juga orang pemalas tak nak kerja, masalahnya adalah pulangan yang berbaloi dengan apa yang dilakukan dan mampu menyara kehidupan.

Kos sara hidup tinggi

Kos hidup di negara kita sudah naik tinggi berlipat kali ganda sekarang. Bandingkan semua harga makan dan minuman dari 10 tahun dahulu sampai sekarang. Jumlahnya ada yang naik sampai 2 ke 3 kali ganda.

Lihat pula kenaikan gaji para pekerja kita terutamanya dalam sektor kerja kotor, seperti tidak ada pergerakan langsung. Sekarang pun hanya RM900, disebabkan paksaan atas dasar gaji miminum. Macam mana nak hidup dengan kadar bayaran sebegitu.

Mungkin ada yang kata daripada tak dapat apa-apa baik kerja juga, boleh dapat RM900 sebulan !

Itu betul juga, tapi kerja kotor macam tu makan masa, makan tenaga, malah kadang kala merbahaya. Dengan pengorbanan semua itu bukankah lebih baik disalurkan pada perkara lain sahaja yang ganjarannya lebih berbaloi.

Lebih baik merompak

Maka sebab itu banyak kes rompak, ragut dan pecah rumah serta samun sekarang. Itu kerja yang kotor juga dan masuk dalam kategori kotor, susah dan merbahaya. Tapi ianya berbaloi jika dilakukan secara profesional dan dengan latihan yang mantap.

Bayangkan ada pencuri yang kerjanya menyamun, seluk poket dan lain-lain seumpamanya ada simpanan sampai hampir mencecah sejuta. Itu maklumat yang diberikan oleh seorang rakan baru-baru ini. Dia dah kaya tapi masih tetap mencuri sebab mungkin dah jadi kebiasaan tak boleh berhenti.

Kerja di luar negara

Bagi yang ada pegangan halal haram, maka pilihan terbaik adalah mencari kerja kotor di luar negara samada Singapura atau Australia.

Pilihan itulah yang ramai orang buat sekarang sehinggakan ada agen haram menyeludup orang kita pergi masuk ke Australia untuk jadi buruh kerja kotor di sana. Mereka mulanya masuk sebagai pelancong dan bila sampai ke sana mohon permit untuk kerja dengan gaji yang lumayan.

Agen yang ada line untuk uruskan semua urusan kerja dan pergi ke Australia terutamanya mendapat ganjaran lebih kurang RM1000 untuk satu kepala. Kalau sebulan boleh kumpulkan dalam 100 orang untuk dibawa kerja ke sana, boleh dapat RM100 ribu.

Bagi yang ada akal, mereka ambil tawaran tersebut, pergi ke Australia, cari kerja dan kerja, pasang kaki dan kemudiannya balik semula ke Malaysia. Bila dah ada pengaaman dan ada kaki kat sana, mereka pula jadi ajen dan bawa pekerja ke Australia dengan mendapat komisyen yang lumayan.

Teori kapitalis dalam bab pekerja
Kalau nak diikutkan teori kapitalis, harga gaji atau kos barang biarlah ditentukan oleh pasaran yang bebas. Dalam bab gaji kerajaan tidak sepatutnya mengawal dengan mengadakan gaji minimum. Biarlah pasaran menentukannya.

Ertinya kalau majikan nak tawarkan RM500 sebulan, dan pekerja bersetuju dengan tawaran tersebut, maka tidak ada masalah. Semua itu terpulang kepada orang ramai. Dan sudah tentu jika orang ramai rasa tak boleh hidup dengan pendapatan RM500 sebulan tak ada orang yang akan ambil tawaran majikan tersebut.

Dari situ majikan terpaksa naikkan tawarannya lebih tinggi lagi sehinggalah ada yang sanggup menerimanya. Itu teori mudah. Tapi kenapa tak jadi macam tu ?

Tiada sekatan penghijrahan

Punca semua itu tak berlaku adalah disebabkan tiadanya sekatan terhadap penduduk yang lebih miskin masuk ke negar kita. Bangla, Indonesia, Filipina, India, Vietnam, Nepal... entah bangsa mana lagi.

Apabila orang tempatan tolak tawaran jagi rendah, mereka yang tidak disekat dari negara dunia miskin ini akan menggantikan tempat tenaga buruh yang ada kekosongan di negara kita. Samada masuk secara haram atau secara sah, itu persoalan lain.

Yang pastinya itulah punca yang membuatkan masalah gaji tidak setimpal berlaku di negara kita. Seperti juga di Australia, jika ramai orang kita masuk ke sana untuk kerja kasar, maka kerja itu tidak akan diisi oleh orang tempatan yang biasanya mahu gaji lebih tinggi.

Kita boleh salahkan kerajaan yang tidak kuat kuasakan penghijrahan pekerja dari luar semenjak awal lagi. Masa dahulu kita biarkan majikan ambil pekerja luar dan tidak tegas memburu majikan sebegitu. Kemudiannya kita buat projek bawa seramai mungkin Bangla dan Indonesia pula dengan alasan tak ada tenaga kerja. Semua itu pembohongan dan sengaja cari jalan mudah untuk rosakkan negara sendiri.

Buka sekatan penghijrahan seluruh dunia

Atau satu lagi pilihan yang mudah untuk stabilkan seluruh dunia dalam bab pekerja dan kos sara hidup ini adalah dengan buka semua sempadan penghijrahan di seluruh dunia di seluruh negara tidak ada pengecualian.

Dengan itu semua orang boleh bebas hijrah pergi tempat lain yang dia rasa berbaloi. Kerja ambil duit dan bawa balik untuk sara keluarganya di negara sendiri.

Ini akan memudahkan aliran tenaga kerja dan stabilkan masalah kekurangan pekerja di mana-mana saja negara di dunia. Cuma akan ada masalah sampingan lain yang perlu dilihat dan dikaji.

Rumusannya

Rumusannya adalah jika buat kerja dalam keadaan tamak dan tidak jujur, apa saja pendekatan tidak akan membuahkan hasil.

Integriti sebagai pemimpin amat penting dan perlu menjadi keutamaan sebelum dipilih menjadi ketua. Malangnya, itulah yang sudah tiada di negara kita... apa pendapat anda ?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 600