Di Kampung Kubang Semang ada sebuah kedai kopi bersebelahan Masjid Kubang Semang yang amat popular. Duduknya betul-betul di kepala simpang 3 yang boleh membawa anda sama ada ke Bukit Mertajam, Lunas atau menuju ke Kampung Sungai Derhaka.
Bertentangan dengan Kedai Kopi sebelah Masjid itu pula sebuah rumah pusaka peninggalan salah seorang penduduk di Kubang Semang. Sudah tak ada penghuni di rumah itu.
Dek keluasan kawasan tanahnya, dan strategik pula kedudukannya, ia biasanya dijadikan pusat aktiviti politik setiap kali ada pilihan raya di kawasan tersebut.
Setiap kali adanya pilihan raya, Kedai Kopi sebelah masjid itu sentiasa penuh dikunjungi oleh orang ramai samada dari luar atau dari penduduk sekitar.
Satu ketika dahulu, ketika zaman harapan menggunung tinggi terhadap perubahan landskap politik negara, ada sebuah blog khas dinamakan sebagai "Kedai kopi tepi masjid". Saya yakin blog itu menjadikan Kedai Kopi tepi masjid Kubang Semang itu sebagai tema blognya.
Sudah tentu ada hubung kait antara kedai kopi tepi masjid dengan politik. Dan memang kita orang kampung dah biasa sangat bersembang bab politik di kedai kopi. Begitu juga dengan isu-isu masyarakat, biasa kita bahaskan di kedai kopi.
Idea kedai kopi biasanya amat spontan. terlalu umum dan kadangkala amat melucukan. Tak ada orang yang akan jadikan kedai kopi sebagai pusat berkumpul setiap kali mahu membincangkan perkara-perkara yang serius. Kedai kopi tak sesuai untuk aktiviti sebegitu.
Perbincangan kedai kopi lebih banyak bertujuan hiburan dan tidak serius. Ia banyak berbentk santai dan tak perlu dibuat catitan minit macam dalam mesyuarat.
Orang kampung kalau nak serius berbincang hal ehwal anak khariah, mereka biasanya akan bincang di Masjid. Di situ segala idea perlu dibahas dan dikuatkan dengan hujah. Tak boleh ada idea kedai kopi dalam perbincangan yang berat.
Cuma selepas habis mesyuarat akan ada yang melanjutkan perbincangan mereka di kedai kopi pula. Di situ lebih bertumpu pada perbincangan syok sendiri samada sokong atau mengkritik perbincangan yang dah muktamad di Masjid tadi. Sebab itu idea kedai kopi macam tu tak boleh diterima pakai.
Kenapa saya kata idea kedai kopi ?
Sebabnya adalah kerana idea kedai kopi macam yang saya sebut tadi merupakan cetusan idea yang tidak berlandaskan perbahasan serta kajian yang menyeluruh. Ia spontan dan tidak sepatutnya diseriuskan sebagai idea tahap menteri.
Idea-idea macam tu dah terlalu kerap kita dengan di kedai-kedai kopi. Ia lebih terarah kepada bahan lawak dan gurau senda.
Tapi amat menghairankan bila ada Pak Menteri memberikan jawapan sedemikian apabila ditanya oleh wartawan. Maka sudah tentu ia jadi bahan mainan dan ejekan rakyat.
Beli barang balik rumah dan masak saja sendiri. Selesai masalah harga makanan di restoran naik. Itu adalah idea kedai kopi dan kawan-kawan lain akan tertawa girang serta ada yang mengutuk idea tersebut.
Tapi hairan bila idea yang sama diberikan oleh Pak Menteri !
Itu idea kedai kopi dan akan disambut oleh gelak tawa dari rakan-rakan lain.
Kawan-kawan lain biasanya tak akan bahaskan idea itu dengan serius sebab dia tahu itu adalah idea lawak yang bukannya satu penyelesaian umum.
Apa nak kisah ! idea kedai kopi tak perlu sandaran fakta atau kajian yang menyeluruh. Itu hal ehwal kedai kopi.
Tapi menghairankan bila idea yang sama diberikan oleh Pak Menteri !
Persoalannya kenapa Pak Menteri boleh terlatah sedemikian ? bukankah sepatutnya sebagai Pak Menteri mereka perlu lebih jitu dan luas pemikiran serta pandangan mereka dalam isu-isu yang menyentuh masyarakat Malaysia ?.
Kalau sekadar nak berikan idea kedai kopi, lantik saja orang lain yang jauh lebih ramai lagi yang mampu cetuskan idea-idea yang jauh lebih lawak dan tidak serius.
Jawapan wang sebanyak itu yang makan tak habis sampai 7 keturunan, diberikan secara ikhlas tanpa mengharap apa-apa balasan oleh Pak Arab padang pasir, lebih menjurus kepada satu lagi idea kedai kopi.
Jawapan sebegitu kalau keluar dari mulut ahli majlis kedai kopi akan disambut oleh gelak tawa kawan-kawan lain, dan juga kutukan serta herdikan.
Tapi itulha jawapan yang keluar dari Pak Menteri. Bukan sekadar Pak Menteri, tetapi bapak segala menteri, Perdana Menteri !.
Nampaknya Pak Menteri dan bapak-bapak Menteri serta suku sakat menteri dipenuhi oleh suku sakat ahli majlis kedai kopi. Apakah itu tanda-tanda akan berlakunya kiamat kecil di Malaysia, negara kita ini ?
Apa pendapat anda ?
Bertentangan dengan Kedai Kopi sebelah Masjid itu pula sebuah rumah pusaka peninggalan salah seorang penduduk di Kubang Semang. Sudah tak ada penghuni di rumah itu.
Dek keluasan kawasan tanahnya, dan strategik pula kedudukannya, ia biasanya dijadikan pusat aktiviti politik setiap kali ada pilihan raya di kawasan tersebut.
Setiap kali adanya pilihan raya, Kedai Kopi sebelah masjid itu sentiasa penuh dikunjungi oleh orang ramai samada dari luar atau dari penduduk sekitar.
Satu ketika dahulu, ketika zaman harapan menggunung tinggi terhadap perubahan landskap politik negara, ada sebuah blog khas dinamakan sebagai "Kedai kopi tepi masjid". Saya yakin blog itu menjadikan Kedai Kopi tepi masjid Kubang Semang itu sebagai tema blognya.
Sudah tentu ada hubung kait antara kedai kopi tepi masjid dengan politik. Dan memang kita orang kampung dah biasa sangat bersembang bab politik di kedai kopi. Begitu juga dengan isu-isu masyarakat, biasa kita bahaskan di kedai kopi.
Cetusan idea kedai kopi
Tahap perbahasan samada dalam bab masyarakat mahupun dalam bab politik biasanya adalah tahap spontan cetusan dari idea kedai kopi. Kebiasaannya, segala idea kedai kopi adalah luahan idea yang tidak disertakan dengan fakta berdasarkan kajian yang menyeluruh.Idea kedai kopi biasanya amat spontan. terlalu umum dan kadangkala amat melucukan. Tak ada orang yang akan jadikan kedai kopi sebagai pusat berkumpul setiap kali mahu membincangkan perkara-perkara yang serius. Kedai kopi tak sesuai untuk aktiviti sebegitu.
Perbincangan kedai kopi lebih banyak bertujuan hiburan dan tidak serius. Ia banyak berbentk santai dan tak perlu dibuat catitan minit macam dalam mesyuarat.
Orang kampung kalau nak serius berbincang hal ehwal anak khariah, mereka biasanya akan bincang di Masjid. Di situ segala idea perlu dibahas dan dikuatkan dengan hujah. Tak boleh ada idea kedai kopi dalam perbincangan yang berat.
Cuma selepas habis mesyuarat akan ada yang melanjutkan perbincangan mereka di kedai kopi pula. Di situ lebih bertumpu pada perbincangan syok sendiri samada sokong atau mengkritik perbincangan yang dah muktamad di Masjid tadi. Sebab itu idea kedai kopi macam tu tak boleh diterima pakai.
Idea kedai kopi Pak Menteri
Semenjak dua menjak ini kita boleh dengar banyak idea kedai kopi yang diluahkan oleh mereka yang bertahap Pak Menteri.Kenapa saya kata idea kedai kopi ?
Sebabnya adalah kerana idea kedai kopi macam yang saya sebut tadi merupakan cetusan idea yang tidak berlandaskan perbahasan serta kajian yang menyeluruh. Ia spontan dan tidak sepatutnya diseriuskan sebagai idea tahap menteri.
Idea-idea macam tu dah terlalu kerap kita dengan di kedai-kedai kopi. Ia lebih terarah kepada bahan lawak dan gurau senda.
Idea kedai kopi bila tol naik
Bila ahli kedai kopi bentangkan masalah tol lebuhraya yang terlalu tinggi, balasan kepada masalah itu adalah, jangan lalu jalan yang bertol. Ikut saja jalan lama. Itu adalah idea kedai kopi yang memang tak serius. Biasanya diikuti oleh tawaan riang rakan-rakan kedai kopi lain.Tapi amat menghairankan bila ada Pak Menteri memberikan jawapan sedemikian apabila ditanya oleh wartawan. Maka sudah tentu ia jadi bahan mainan dan ejekan rakyat.
Idea kedai kopi bila harga makanan naik
Bila ahli majlis kedai kopi mengeluh terhadap bebanan harga makanan yang naik setiap kali harga minyak dan tol naik, juga hasil dari penguat kuasaan GST, maka akan ada yang berikan idea kedai kopi supaya tak payah makan di kedai.Beli barang balik rumah dan masak saja sendiri. Selesai masalah harga makanan di restoran naik. Itu adalah idea kedai kopi dan kawan-kawan lain akan tertawa girang serta ada yang mengutuk idea tersebut.
Tapi hairan bila idea yang sama diberikan oleh Pak Menteri !
Idea kedai kopi bila pendapatan tak cukup
Bila kita bersembang di kedai kopi merungut tentang semua kos sara hidup meningkat sedangkan gaji tidak ada peningkatan yang setimpal untuk menguruskan bebanan kenaikan tersebut, maka akan ada idea kedai kopi yang suruh kawanya buat lebih dari satu kerja.Itu idea kedai kopi dan akan disambut oleh gelak tawa dari rakan-rakan lain.
Kawan-kawan lain biasanya tak akan bahaskan idea itu dengan serius sebab dia tahu itu adalah idea lawak yang bukannya satu penyelesaian umum.
Apa nak kisah ! idea kedai kopi tak perlu sandaran fakta atau kajian yang menyeluruh. Itu hal ehwal kedai kopi.
Tapi menghairankan bila idea yang sama diberikan oleh Pak Menteri !
Banyak idea kedai kopi
Kalau nak disenaraikan memang terlalu banyak idea kedai kopi yang tercetus keluar dari mulut Pak Menteri.Persoalannya kenapa Pak Menteri boleh terlatah sedemikian ? bukankah sepatutnya sebagai Pak Menteri mereka perlu lebih jitu dan luas pemikiran serta pandangan mereka dalam isu-isu yang menyentuh masyarakat Malaysia ?.
Kalau sekadar nak berikan idea kedai kopi, lantik saja orang lain yang jauh lebih ramai lagi yang mampu cetuskan idea-idea yang jauh lebih lawak dan tidak serius.
Jawapan kedai kopi, tahap Perdana Menteri
Ada lagi isu yang jauh lebih berat yang menyentuh sehingga ke tahap Perdana Menteri. Isu Pak Arab kasi derma sejumlah RM2.6 billion !.Jawapan wang sebanyak itu yang makan tak habis sampai 7 keturunan, diberikan secara ikhlas tanpa mengharap apa-apa balasan oleh Pak Arab padang pasir, lebih menjurus kepada satu lagi idea kedai kopi.