Quantcast
Channel: Pendapatanda
Viewing all articles
Browse latest Browse all 600

Sarawak tak perlu ramai Ustaz - TS Adenan Satem

$
0
0
Berita dalam The Star melaporkan Tan Sri Adenan Satem menggesa Kerajaan Persekutuan berbuat sesuatu dalam merombak hala tuju pendidikan negara terutamanya untuk negeri Sarawak.

Kementerian Sumber manusia perlu melihat isu ini secara serius kerana banyak rungutan dari sektor industri terhadap bekalan tenaga mahir yang berkurangan di negara kita. Kursus yang ditawarkan tidak seiring dengan keperluan industri sekarang ini.

Tan Sri Adenan Satem juga berkaya jumlah para Ustaz terlalu ramai sekarang. Sebab itu ramai ustaz terpaksa diserapkan ke dalam sektor pentadbiran dan bukan lagi menjadi Ustaz dalam sektor penddikan.

" Apa kita nak buat dengan jumlah Ustaz yang terlalu ramai ini ? ", tanya Tan Sri Adenan Satem. Beliau berpandangan bahawa bukan semua orang perlu ambil kursus keagamaan untuk menjadi Ustaz, dah terlalu ramai sangat sekarang dan dah lebih daripada mencukupi.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan "Sarawak Career and Training Fair" semalam.

Jumlah Ustaz yang terlalu ramai

Rasanya jumlah para Ustaz yang terlalu ramai dah jadi satu fenomena di seluruh negara sekarang. Sepanjang saya berjalan dari Perlis sampai ke Johor, kelihatan banyak pusat pengajian agama dan juga pusat pengajian Tahfiz di dirikan oleh para Ustaz.

Pusat pengajian Tahfiz terutamanya ada di mana-mana saja tempat yang saya pergi. Para pengutip derma yang memohon derma daripada orang ramai juga amat ramai sekarang termasuklah di pasar malam. Bukan saja permohonan derma daripada dalam negara, malah dari selatan Thailand juga amat ramai menerjah ke negara kita.

Di Selangor saja, hampir di kebanyakan Masjid dan surau menawarkan pusat tahfiz mereka sendiri. Semua orang berebut untuk membuka pusat Tahfiz dan mereka buat aktiviti pemasaran pusat tahfiz mereka terhadap ibu bapa agar menghantar anak-anak mereka ke sana.

Statistik jumlah para pelajar Tahfiz di negara kita entah berapa ramai jumlahnya. Berapa ramai pula yang telah tamat pengajian tahfiz mereka dan apakah yang telah berlaku pada para graduan Tahfiz ini tidak dapat dipastikan. Mereka kerja apa sekarang ?

Mungkin dek terlalu ramai para Hufaz yang telah keluar dari pusat pengajian dan tak ada jawatan untuk diisi samada dalam sekolah agama, atau dalam Masjid dan Surau maka mereka berusaha untuk membuka pula pusat Tahfiz baru. Ini akan berangkai-rangkai dan lebih ramai lagi para Hufaz akan dikeluarkan dan mereka pula terpaksa buka pusat Tahfiz baru untuk menyara kehidupan.

Kita perlu graduan berkemahiran

Sebagaimana yang disebut oleh Ketua Menteri Sarawak tadi, kita sebenarnya memerlukan lebih ramai para graduan yang berkemahiran tinggi dan juga para tenaga pengajar dalam jurusan vokasional untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran.

Itulah yang negara perlukan sekarang untuk membangunkan negara dan mengimarahkan sektor pembuatan. Jika dibiarkan berterusan, sektor industri negara akan lumpuh dan mungkin terpaksa mengimpot tenaga kerja berkemahiran dari luar terutamanya dari Bangladesh.

Para Ustaz perlu jadi Usahawan

Bagi saya, jumlah Ustaz yang ramai sekarang dapat di atasi dengan menggalakkan mereka menceburi dunia keusahawanan.

Tapi bukannya menjadi usahawan dengan menjual kismis atau cokelat minda untuk bagi orang cerdik. Bukan juga dengan menjual air sejuk dengan hembusan doa atau dakwaan mustajab untuk sembuhkan pelbagai penyakit.

Sebaliknya para Ustaz perlu menceburkan diri dalam industri berkepakaran tinggi dalam sektor pembuatan atau dalam sektor Teknologi maklumat. Mereka perlu jadi usahawan yang mampu mengeluarkan berbagai produk yang boleh memudahkan kehidupan manusia dalam zaman moden ini.

Para Ustaz tidak perlu kecam Google yang sekarang mengambil alih tugas mereka dalam menjawab berbagai persoalan agama. Sebaliknya mereka perlu menggunakan Google atau mencipta enjin lain yang lebih patuh syariah sebagai alternatif pada orang ramai.

Apa pendapat anda dengan pandangan Tan Sri Adenan Satem tersebut ? berikan pendapat anda di sini...

Nota: Semua gambar hanya sekadar Hiasan bersumberkan Google

Viewing all articles
Browse latest Browse all 600