Quantcast
Channel: Pendapatanda
Viewing all articles
Browse latest Browse all 600

PRN Sarawak bukti kepintaran Najib Razak berpolitik

$
0
0
Apa yang terserlah daripada kemenangan Adenan Satem pada PRN Sarawak adalah kehebatan Najib Razak bermain politik. sumber gambar

Semua dah tahu keputusan akhir PRN Sarawak yang baru habis. Konklusinya adalah Barisan Nasional menang besar meninggalkan para parti pembangkang yang tak habis-habis bercakaran sesama sendiri.

Ia seolah-olah memberikan gambaran pada para parti pembangkang, teruskan percakaran anda semua supaya kami, Barisan Nasional dapat cipta sejarah dunia sebagai parti yang mampu menguasai pemerintahan sebuah negara melebihi 100 tahun tanpa digugat.

Kepintaran Najib Razak berpolitik

Serangan demi serangan yang Najib Razak tempuhi dari luar dalan dalam partinya sendiri amat hebat. Bagi pemerhati amatur macam saya, melihat saiz serangan yang Najib Razak terima mudah saja dapat menjatuhkan beliau dari terus memimpin negara.

Kalau tempat yang diduduki oleh Najib Razak sekarang diambil oleh Pak Lah, dah lama sangat Pak Lah lepaskan kesemua jawatan yang dia pegang dan tak akan tunggu kat negara lagi, mungkin terus belah menyelamatkan diri ketakutan.

Tapi semua itu tidak berlaku pada Najib Razak. Beliau telan semua serangan dengan tenang seolah-olah buat tak tahu, buat tak dengar dan paling penting sekali buat apa yang dia suka nak buat. Lari dari media masa, lari dari berdepan dalam debat dan lain-lain lagi seumpamanya. Dia buat selamba saja dengan muka tebal tak ada apa-apa.

Orang hentam dia teruk, dalam blog, dalam media sosial, di kedai kopi dan di hamori semua tempat. Bukan saja rakyat Malaysia hentam dia, malah 53 media besar luar negara turut sama hentam dan dedahkan segala kebobrokan Najib Razak. Tapi semua itu langsung tidak mendatangkan kesa pada Najib Razak.

Rumusannya dari semua yang berlaku, nampak sangat kepintaran Najib Razak. Dia pintar sebab dapat agak bagaimana tolenrasi rakyat Malaysia secara umum dalam kes yang sedang berlaku. Dia pintar juga sebab dapat baca secara umumnya hanya strategi yang baik diperlukan untuk kekal menjadi perdana menteri.

Di Malaysia, strategi lebih penting untuk menang. Kejujuran, ketelusan, keadilan atau apa saja lagi yang boleh disenaraikan seumpamanya bukanlah penentu kemenangan sebab strategi orang jahat jauh lebih licik dari strategi orang baik.

Dalam dunais ebenarpun, dalam urusan pertandingan apapun, begitulah yang sering berlaku. Orang betul bendul berlagak suci akan mudah saja kena titik dek orang jahat penuh licik dengan tipudaya. Itu perkara biasa yang sering dapat dilihat dalam dunia sebenar.

PRN Sarawak serlahkan kepintaran Najib

Sebelum PRN Sarawak, saya tertanya-tanya apa sebenarnya yang Najib sedang dan nak buat untuk hadapi segala masalahnya. Apa yang dia rancang dan kenapa dia masih berdegil kekal tak mengalah sedangkan nampak macam harapan untuk dia kekal berkuasa amat sukar.

Bila dewan undangan negeri Sarawak dibubarkan, tiba-tiba nampak Najib segar, Dia buat kempen lebih daripada biasa di Sarawak dengan turun sana setiap hari bersama-sama dengan ayam tambatannya di Sarawak Adenan Satem.

Bayangkanlah sampai mesyuarat kabinetpun dia buat kat Sarawak. Betapa nak tunjuk pentingnya perjalanan untuk memang di Sarawak itu pada Najib dan juga seluruh menteri kabinet yang masih setia memberikan kepercayaan pada Najib.

Dari keseriusan Najib kat Sarawak, baru dapat kita lihat bahawa Najib masih ada harapan besar untuk memang dalam PRU 14 nanti. Sarawak membuktikannya bahawa isu pemimpin songlap duit, isu pemimpin buat duit, atau apa saja isu peribadi dalam bab duit bukanlah satu masalah untuk rakyat Malaysia. Banyak lagi perkara berat lain yang rakyat tanggung jika dibela dengan baik, rakyat akan sokong sampai rebah.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 600