PAS mengumumkan hari ini bahawa Husam Musa telah dikenakan tindakan disiplin kerana melanggar perlembagaan parti tersebut. Fasal dalam perlembagaan yang dijadikan rujukan untuk menyingkirkan Husam dari Pas adalah di dalam Fasal 82(6)(d).
Panel disiplin yang diketuai oleh Dr Sanusi Daeng Mariok berkata bahawa tindakan Husam Musa yang mengkritik kepimpinan dan para pemimpin Parti telah melanggar perlembagaan parti itu. Mereka telah membuat kajian dan melihat dari berbagai aspek dan buat keputusan bahawa Husam bersalah dan dipecat keluar dari Pas.
Husam juga mengkritik pimpinan dan pemerintahan Pas Kelantan yang ada sekarang yang dilihat amat lemah, lembik dan membenarkan aktiviti pembalakan di kawasan hutan simpan di Kelantan. Husam juga bertubi-tubi mengkritik presiden parti Tuan Guru Haji Hadi.
Husam menuduh dan yakin bahawa Haji Hadi memang sangat berminat untuk bergabung dan bekerjasama dengan Umno di Selangor ketika krisis menteri besar di Selangor berlaku pada tahun 2014.
Husam juga mendakwa pemerintah Kelantan gagal melaksanakan Hudud di Kelantan sedangkan itulah yang mereka laungkan berdegar-degar serata negara sehingga berlaku pertikaman lidah sesama parti dalam Pakatan Rakyat terutamanya DAP. Tapi sampai sekarang Pas Kelantan kelihatan lesu dan macam dah lupa apa yang mereka tempik kuat sebelum ini.
Menteri Besar Kelantan sekarang juga dilaporkan dalam akhbar kononnya akan letakkan jawatan jikalau Hudud tidak dilaksanakan di Kelantan. Tapi sampai sekarang masih pegang jawatan itu lagi.
Husam nak keluar parti dan sertai kawan-kawan dalam Amanah mungkin takut sebab sumpah tak cerdik yang diamalkan oleh calon pas yang bertanding dalam pilihanraya. Ertinya minda Husam masih tetap sama dengan aliran lama yang amat berpegang teguh dengan apa saja fahaman atau fatwa tok guru mereka walaupun minda rasional memberontak untuk merasionalkannya dari segi logik dan keutamaan.
Dengan terkeluarnya Husam dan dibuang dari Parti, Husam bebas untuk mengorak langkah atas platform lain. Samada masuk DAP atau Amanah atau masuk PKR. Tak payahlah nak ada apa-apa rasa nostalgia dengan parti Pas kerana yang pentingnya matlamat perjuangan yang perlu dipegang dan bukannya alat.
Orang yang terikat dengan alat yang dia ada untuk digunakan dalam mencapai matlamat perjuangan adalah orang yang tertipu dan terpedaya dengan emosi. Pas hanya alat dan bukannya matlamat. Bila sesuai pakai, dan jika tak sesuai buang saja untuk digantikan dengan alat lain.
maklumat asal di sini
Panel disiplin yang diketuai oleh Dr Sanusi Daeng Mariok berkata bahawa tindakan Husam Musa yang mengkritik kepimpinan dan para pemimpin Parti telah melanggar perlembagaan parti itu. Mereka telah membuat kajian dan melihat dari berbagai aspek dan buat keputusan bahawa Husam bersalah dan dipecat keluar dari Pas.
Husam kuat kritik PAS
Husam Musa amat vokal sejak berakhirnya pemilihan pucuk pimpinan parti sebelum ini yang menyaksikan para pemimpin yang progresif diterajang turun secara beramai-ramai. Kalau dalam perang seperti di Bosnia, mungkin boleh dikatakan sebagai tindakan penghapusan etnik.Husam juga mengkritik pimpinan dan pemerintahan Pas Kelantan yang ada sekarang yang dilihat amat lemah, lembik dan membenarkan aktiviti pembalakan di kawasan hutan simpan di Kelantan. Husam juga bertubi-tubi mengkritik presiden parti Tuan Guru Haji Hadi.
Husam menuduh dan yakin bahawa Haji Hadi memang sangat berminat untuk bergabung dan bekerjasama dengan Umno di Selangor ketika krisis menteri besar di Selangor berlaku pada tahun 2014.
Husam juga mendakwa pemerintah Kelantan gagal melaksanakan Hudud di Kelantan sedangkan itulah yang mereka laungkan berdegar-degar serata negara sehingga berlaku pertikaman lidah sesama parti dalam Pakatan Rakyat terutamanya DAP. Tapi sampai sekarang Pas Kelantan kelihatan lesu dan macam dah lupa apa yang mereka tempik kuat sebelum ini.
Menteri Besar Kelantan sekarang juga dilaporkan dalam akhbar kononnya akan letakkan jawatan jikalau Hudud tidak dilaksanakan di Kelantan. Tapi sampai sekarang masih pegang jawatan itu lagi.
Kena buang baik untuk Husam
Mungkin usaha Husam mengkrtik bertubi-tubi sampai kena buang dari parti adalah sengaja dan terancang. Tidak ada apa-apa yang nak ditakutkan hilang oleh Husam kerana ramai kawan-kawannya sudah lama dihapuskan dan terpaksa keluar membawa diri buka parti politik baru Amanah.Husam nak keluar parti dan sertai kawan-kawan dalam Amanah mungkin takut sebab sumpah tak cerdik yang diamalkan oleh calon pas yang bertanding dalam pilihanraya. Ertinya minda Husam masih tetap sama dengan aliran lama yang amat berpegang teguh dengan apa saja fahaman atau fatwa tok guru mereka walaupun minda rasional memberontak untuk merasionalkannya dari segi logik dan keutamaan.