Quantcast
Channel: Pendapatanda
Viewing all articles
Browse latest Browse all 600

Tambang tol 12 lebuhraya naik - Siapa munafik !

$
0
0
Sekarang riuh rendah, rakyat terutamanya yang berada di persekitran Lembah Klang, merunggut dengan tambang tol di 12 lebuhraya yang naik dengan agak tinggi. Semua kenaikan akan bermula pada 15 hb Oktober 2015 nanti.

Berikut senarai kenaikan kesemua 12 lebuhraya yang dimaksudkan:

  1. Kuala Lumpur Karak (KLK)
    1. Plaza Tol Gombak akan naik kepada RM6 dari RM5
    2. Plaza Tol Bentong jadi RM3.50 dari RM3 sekarang.
  2. Maju Expressway (MEX)
    1. Plaza Tol Salak Selatan naik ke RM2 dari RM1
    2. Plaza Tol Putrajaya naik ke RM3.50 dari RM2.5
  3. Kajang-Silk naik ke RM1.80 dari RM1
  4. DUKE naik ke RM2.50 dari RM2
  5. SMART Tunnel naik ke RM3 dari RM2
  6. Akleh (Ampang-KL Elevated Highway) naik ke RM2.50 dari RM1.50
  7. NPE naik jadi RM2.30 dari RM1.60
  8. LATAR (KL- Kuala Selangor) naik ke RM2.50 dari RM2
  9. Besraya (Sg Besi Highway) naik kepada RM2.00 dari RM1.30
  10. Guthrie Corridor naik jadi RM1.90 dari RM1.40
  11. LKSA (Kemuning - Shah Alam
    1. Plaza Seri Muda naik jadi RM1.70 dari RM1.20
    2. Plaza Alam Impian naik jadi RM0.90 dari RM0.60
  12. LEKAS naik juga:
    1. Tol Semenyih naik jadi RM1.30 dari RM1.10
    2. Tol Kajang Selatan naik ke RM1.30 dari RM1.10
    3. Tol Pajam naik jadi RM3.40 dari RM2.30
    4. Tol Mantin naik jadi RM4.80 dari RM4
    5. Tol Setul naik ke RM6 dari RM4.90


Kenapa tambang Tol naik di 12 lebuhraya

Alasan yang diberikan oleh kerajaan untuk naikkan tambang tol seperti yang tertera di atas adalah untuk menjimatkan kos pembayaran denda yang terpaksa dilakukan oleh kerajaan kerana menahan kenaikan tol sebelum ini.

Kerajaan dah tak tahan untuk bayar denda kepada kesemua lebuhraya tersebut jika berterusan menahan kadar kenaikan tol. Jumlah bayaran denda yang telah dibuat sejak tahun 2008 sehingga ke tahun 2013 adalah RM1,109 juta !

Dan jumlah denda yang terpaksa dibayar oleh kerajaan kepada konsesi tol pada tahun 2014 sahaja adalah berjumlah RM403.

Sebenarnya bukanlah denda, tapi kerajaan menamakannya sebagai subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan kerana tak mahu membebankan rakyat jikalau tambang tol dinaikkan sebelum ini.

Kemana disalurkan kos penjimatan subsidi

Menurut kerajaan, dengan kos penjimatan tersebut, kerajaan bolehlah menyalurkan semua duit itu pada projek lain yang lebih mendatangkan impak kepada ekonomi k(roni)erajaan dan rakyat.

Semua duit lebihan kerajaan itu tadi akan disalurkan kepada projek buat semula menurapan jalanraya supaya lebih tebal dan cantik (sebab sebelum ini banyak tebal yang tak ikut spek untuk menjimatkan kos kerja supaya kontraktor lebih untung).

Duit itu juga dapat disalurkan kepada projek pembaikan dan menaikkan taraf kemudahan kesihatan pada rakyat. Juga untuk menambah perbelanjaan di sekolah-sekolah kerajaan terutamanya untuk kesejahteraan pelajar.

Tol naik dan munafik
Apa kena mengena dengan ayat munafik yang saya bubuh kat tajuk di atas tadi?

Kebetulan pagi-pagi tadi saya dapat satu rakaman video daripada seorang kawan yang menceritakan tentang munafik. Video tersebut merupakah satu kuliah atau ceramah yang telah disampaikan oleh Datuk Seri Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone pada satu ketika dahulu.

Sila layan dulu ceramah tersebut kat bawah:

Kalau semua masih ingat apakah salah satu manifesto kerajaan barisan Nasional ketika PRU 13 yang lalu, salah satunya berbunyi begini:

'Mengurangkan bayaran toll antara bandar secara berperingkat-peringkat...'

Anda sendiri boleh baca dan cuba selak balik mana-mana dokumen atau berita yang menceritakan manifesto kerajaan BN dalam ceramah-ceramah mereka pada PRU 13.

Tapi sebaliknya sekarang, apa yang berlaku adalah tol antara bandar ke bandar telah dinaikkan. Bukannya dikurangkan sedikit demi sedikit.

Apakah itu bukan satu pembohongan ? atau ada cara lain yang boleh kita fahamkan ?

Kalau bohong, ertinya itu adalah satu daripada ciri-ciri munafik, sebagaimana yang telah diceramahkan oleh Datuk Seri Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone pada satu ketika dahulu.

Kita boleh faham segala alsan yang telah diberikan dan menag baguspun kalau ianya untuk disalurkan kepada projek yang lebih mendatangkan manfaat. Tapi tak payahlah nak janji kemudiannya bohong, tak baik macam tu !.

Apa pendapat anda ?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 600