Quantcast
Channel: Pendapatanda
Viewing all articles
Browse latest Browse all 600

Salah Cina dalam masalah perhubungan etnik - Sekolah vernakular

$
0
0
Dalam keadaan negara kita yang didiami oleh berbagai bangsa atau lebih tepat lagi berbagai etnik yang berbeza, masalah perhubungan antara etnik mudah tercetus.

Rasanya punca utama bukanlah disebabkan oleh adanya berbilang etnik di Malaysia. Kalau itu puncanya, ketika zaman kerajaan Melaka dahulu sudah tentu ia juga merupakan satu masalah besar.

Zaman Kerajaan Melaka sudah wujud berbagai etnik berbeza, malah wujud juga ras atau bangsa yang berbeza. Mereka menjalankan aktiviti kehidupan dan perniagaan sehingga menjadikan Melaka sebuah pusat perdagangan antarabangsa.

Berbagai etnik bukan satu masalah

Jelas di situ, kewujudan berbagai bangsa dan etnik berbeza bukanlah punca masalah perhubungan etnik yang panas. Tidak timbul juga masalah penggunaan Bahasa Melayu yang menjadi lingua franca ketika itu.

Semua orang tak kira apa saja bangsa dan etniknya dengan sukarela belajar dan menggunakan Bahasa Melayu untuk berkomunikasi. Wujud satu penerimaan terhadap satu bahasa utama iaitu bahasa melayu oleh semua orang.

Jadi ada satu point penting kat sini yang perlu ditekankan bahawa ada kemungkinan besar menjadikan satu bahasa utama sebagai bahasa mengantar adalah penting untuk mendamaikan perhubungan sesama penduduk yang berbeza ras atau etniknya.

Kesan buruk masalah penguasaan bahasa

Pagi tadi saya bersenam dengan seorang warga India di taman. Warga India tu seorang usahawan yang berkerja sendiri dalam bidang pengangkutan. Setiap kali bertemu di awal pagi ketika bersenam kami sering berbual berkongsikan pengalaman dan menceritakan perkembangan.

Secara peribadi, bersembang dengan warga India itu merupakan satu penyeksaan batin yang berat. Tahap penguasaan Bahasa Melayunya amat rendah dan membuatkan saya merasa amat letih mendengarnya. Malah jauh lebih letih berbanding bersenam.

Keadaan sebegitu membuatkan saya rasa tidak ingin berkomunikasi dengan panjang dan kalau boleh cuba mengelak dari mendengar cerita panjangnya. Itu merupakan salah satu punca perhubungan antara bangsa berbeza menjadi renggang.

Tidak menghairankan tahap India tersebut menguasai Bahasa Melayu amat rendah kerana dia membesar dan bersekolah di sekolah kebangsaan jenis Tamil. Pergaulannya juga lebih berat sebelah ke arah sesama orang India sahaja.

Saling tak faham bila perhubungan renggang

Masalah yang sama juga berlaku jika kita berkomunikasi dengan orang Cina yang membesar di sekolah jenis kebangsaan Cina.

Mereka menjadi tidak mahir dalam penguasaan bahasa Melayu dan samada Melayu atau Cina, masing-masing saling cuba mengelak untuk berbual dan bertukar maklumat dan pandangan serta berkongsi cerita.

Perhubungan renggang antara etnik berbeza banyak dicetuskan oleh masalah penguasaan bahasa Melayu. Cina tak dapat menguasai Bahasa melayu dengan baik dan begitu juga India.

Cina hantar anak ke sekolah Cina

Semuanya berpunca daripada sikap tidak tegas kerajaan dalam menentukan tahap penguasaan bahasa Melayu yang baik pada semua rakyatnya. Dan nampaknya kerajaan tak boleh buat apa-apa sebab orang Cina sendiri yang kuat mempertahankan sistem persekolahan vernakular di negara kita.

Lebih 90% orang Cina menghantar anak mereka ke sekolah vernakular Cina. Hanya sebilangan kecil menghantar ke sekolah kebangsaan kerajaan atau sekolah bahasa inggeris.

Begitu juga orang Melayu lebih 90% mengantar anak-anak mereka ke sekolah bermediumkan bahasa kebangsaan, dan segelintir saja yang hantar ke sekolah bahasa ingeris.

Dari kehidupan awal sahaja anak-anak sekolah semua bangsa sudah dilatih untuk membesar secara berasingan. Kurang berhubung dan saling tak faham memahami. Malah lebih berat lagi saling curiga mencurigai.

DAP sendiri tidak konsisten

Dalam bab sekolah vernakular Cina ini, nampaknya orang Cina bersatu dan mengambil kesempatan daripada sikap kerajaan yang takut dan tidak tegas.

Malah DAP sendiri nampaknya tidak memperjuangkan satu sistem persekolahan dengan satu medium yang sama iaitu Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia. Sedangkan DAP kononnya memperjuangkan Malaysian Malaysia, dalam bab ini, nampaknya ia hanyalah satu slogan basi.

Ketika perhimpun baju merah tempoh hari, antara perkara yang amat saya setuju adalah banner hapuskan sekolah vernakular Cina. Saya yakin ianya tidak melanggar perlembagaan negara kerana tidak ada satupun pernyataan yang menghalang wujudnya satu sekolah dengan satu medium sahaja iaitu Bahasa Malaysia.

Dalam perlembagaan negara kita, apa yang ada hanyalah hak orang Cina untuk mempelajari dan menggunakan bahasa ibunda mereka. Itu memang tidak ada masalah kerana sekolah kebangsaan kerajaan pun ada menyediakan kelas bahasa Cina jika bilangan murid Cina melebihi 15 orang.

Ikut contoh Singapura

Lihat orang Cina di Singapura yang menjadikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa utama mereka. Mereka bersekolah dalam sekolah yang menjadikan bahasa inggeris sebagai medium utama. Tidak hilang sedikitpun kecinaan mereka disebabkan sistem persekolahan satu bahasa utama.

Kita boleh bertegas sedemikian dengan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai satu-satunya medium utama dalam semua sekolah dari bawah sampai ke peringkat tinggi.

Isu yang mungkin akan timbul jika itu dilakukan adalah tuduhan orang Cina terhadap kerajaan yang kononya cuba membuat penghapusan etnik secara terancang. Itu adalah amat karut dan tidak berasas sama sekali.

Itulah yang saya cuba sampaikan dalam artikel yang lalu. Masalah perhubungan antara kaum di negara kita adalah masalah yang dicetuskan oleh kumpulan elite yang duduk di atas. Mereka tidak punyai jiwa yang cukup besar untuk merealisasikan hasrat meredakan perhubungan antara kaum agar tenang dan waras.

Samada pembangkang atau kerajaan sama saja dalam bab ini. Yang satu hipokrit dan yang satu lagi pengecut dan tidak tegas.

Ok! jangan kata ayah tak payung orang Cina, ambil ayat dari Rani Kulup. Apa pendapat anda pula ?

Nota: Sekarang ada pula kecenderungan orang Melayu sendiri hantar anak-anak mereka ke sekolah Cina. Sikap itu menampakkan kelunturan orang Melayu sendiri yang tidak bertegas dengan satu sistem persekolah dengan hanya satu medium utama iaitu Bahasa Malaysia.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 600