Quantcast
Channel: Pendapatanda
Viewing all articles
Browse latest Browse all 600

Asas buat duit dengan affiliate untuk blogger baru

$
0
0
Asas buat duit dengan affiliate untuk blogger baru

Ini perkongsan khas untuk para blogger baru yang mahu buat duit dengan menggunakan sistem affiliate melalui blog anda. Kalau anda blogger baru, elok benar baca artikel ini sampai habis.

Saya bukanlah blogger yang lama sangat. Saya juga bukan blogger yang baru sangat. Mungkin saya termasuk dalam blogger yang tak berapa baru dan tak berapa lama.

Kalau anda blogger baru nak dapatkan panduan asas affiliate dengan blogging dapatkan ebook Panduan Asas Affiliate Untuk Blogger Baru (Newbie)

Yang pastinya, saya bukanlah termasuk dalam blogger yang baru. Jadi rasanya ada ler sedikit pengalaman dalam dunia blogging ni.

Untuk maklumat pembaca, saya mula blogging sejak tahun 2008. Sedar tak sedar dah hampir 6 tahun saya bergiat dalam aktiviti blogging.

Dalam tempoh selama itu sudah cukup untuk jadikan aktiviti blogging sebagai salah satu daripada aktiviti rutin saya yang dilakukan tanpa paksaan dan tanpa ada kesukaran sedikitpun.

Disebabkan aktiviti blogging, saya dah berjaya menulis lebih daripada 4 ribu artikel. Itu sebenarnya masih tak cukup untuk melayakkan saya tergolong dalam kumpulan orang yang pandai menulis.

Kalau tak silap, seseorang itu memerlukan sebanyak 10,000 artikel yang telah ditulis sendiri untuk melayakkan anda jadi seorang penulis yang baik. Kalau saya berterusan menulis, insyaallah kalau tak mati awal, jumlah 10,000 artikel dapat dicapai.

Buat duit dengan affiliate melalui blogging

Dalam bab buat duit dengan sistem affiliate pula, terus terang saya katakan masih terlalu baru. Lama sebelum ini, blogging hanya untuk suka-suka blogging buat kongsikan pengalaman dan asah bakat menulis.

Disebabkan aktiviti blogging saya dah biasakan diri, maka bila tergerak nak buat duit dengan sistem affiliate, ianya menjadi agak mudah. Saya hanya perlu ambil masa sedikit saja untuk belajar daripada mereka yang dah biasa buat duit dengan blogging.

Anda juga boleh buat macam saya. Ambil masa yang agak lama untuk belajar perlahan-lahan bagaimana caranya sistem affiliate ini berfungsi dan membolehkan anda buat duit.

Tapi perlu kesabaran dan kerajinan mengutip ilmu buat duit dengan affiliate melalui aktiviti blogging daripada maklumat yang berserakan. Tak ramai orang ada kemampuan untuk tunggu dan belajar perlahan-lahan dek kekangan masa dan juga perasaan.

Kalau anda nak belajar buat duit dengan affiliate menggunakan landasan blogging tanpa perlu makan masa dan tahan sabar, ada berita baik untuk saya kongsikan di sini. Anda boleh dapatkan terus panduan asas buat duit dengan affiliate melalui blogging dari ebook Panduan Asas Affiliate Untuk Blogger Baru (Newbie)

Boleh kayakah dengan sistem affiliate melalui blogging?

Itu solan cepu emas. kalau anda percaya, dan cari jalan sudah tentu boleh, insyaallah. Kalau anda tak percaya boleh jadi kaya dengan affiliate melalui blogging, anda boleh aggap itu juga betul.

Bagi saya, yang pastinya saya memang dapat buat duit dengan menggunakan sistem affiliate berlandaskan aktiviti blogging yang saya memang suka.

Kalau nak tahu, antara puas hati sebab buat apa yang kita suka, dengan buat duit, saya yakin puas hati dengan apa yang kita suka lebih menyeronokkan.

Jadi kalau dapat puas hati dengan buat apa yang kita suka dan dalam masa yang sama dapat duit, sudah tentu jauh lebih menarik. Dan saya dapat kedua-duanya, walaupun disebabkan kekangan masa saya tak berusaha mahu menjadi kaya dengan aktiti affiliate dan blogging.

Bagi anda yang ada sedikit masa dan mahu asah bakat menulis dalam masa yang sama dapat tambah sedikit pendapatan tanpa merosakkan kehidupan anda dan orang lain di sekeliling anda, amat berbaloi untuk mencuba.

Untuk anda blogger baru atau newbie yang nak dapatkan ilmu asas affiliate saya syorkan anda beli saja ebook Panduan Asas Affiliate Untuk Blogger Baru (Newbie). Didalamnya dikongsikan selok belok ilmu affiliate asas yang membolehkan anda menceburi bidang yang dah ramai orang berjaya ini.

Selamat mencuba!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 600