Kalau ada satu kerjaya makan gaji dan dalam masa makan gaji itu masih boleh jadi jutawan, tentu salah satu kerjaya kerja makan gaji yang mampu buat anda jadi begitu adalah dalam industri Oil & Gas.
"Berminat dalam kerjaya Oil & Gas dan mahu jadi jutawan?.... dapatkan maklumatnya dalam Kerjaya Mewah Oil & Gas Dan Jadi Jutawan Industri "Masa kerja makan gaji dulu, saya ada ramai kawan lain yang juga makan gaji. Biasalah, enggang terbang sama enggang dan pipit terbang sama pipit. Jadi orang makan gaji lebih senang bersama dengan kumpulan makan gaji dan yang jadi usahawan lebih senang bersama dengan para usahawan.
Kerjaya dalam Oil & Gas mewah
Antara banyak-banyak jenis kerjaya yang membuat kawan-kawan saya yang makan gaji itu hidup mewah dan bergaya adalah kerja dalam industri Oil & Gas. Gaji mereka jauh lebih tinggi berganda daripada semua kerjaya lain walaupun tahap pencapaian akademik dan kelulusan yang ada sama.Cumanya kerja mereka lebih mencabar dan lebih banyak memerlukan kemahiran bekerja dalam satu kumpulan. Mereka juga mesti ada disiplin untuk bekerja tanpa pengawasan yang ketat sangat dan boleh bertindak sendiri dengan cekap bagi menyelesaikan masalah kerja.
Ada juga yang kerja macam kuli batak sampai tak ada masa untuk bercuti dan buat aktiviti lain selaindaripada menjana duit kepada majikan mereka. Ada seorang kawan saya yang mejadi pengurus dalam syarikat cari gali yang bosan dalam kerjayanya walaupun pendapatannya berpuluh ribu sebulan.
Maklumlah, kerjaya Oil & Gas ini kesemuanya majikan adalah pemain antarabangsa dan tidak ada yang cikai-cikai punya syarikat. Malah Petronas yang merupakan syarikat dari negara kita bukannya calang-calang dalam arena antarbangsa.
Kerja dalam Oil & Gas dan buat duit
Bila duit banyak hasil daripada gaji dalam kerjaya oil & gas mereka, mereka ada banyak lebihan untuk dilaburkan samada dalam perniagaan atau apa-apa saja yang boleh menjana pendapatan pasif.Ada juga yang perabih dan bukannya melabur. Jadi ada yang menambahkan lagi pendapatan mereka yang aktif dan pasif dan ada juga yang menghabiskan pendapatan mereka disamping merosakkan hidup mereka.
Untuk anda yang ada impian jadi jutawan dalam masa yang sama masih kerja makan gaji, kerjaya dalam oil & gas boleh dipertimbangkan. Berusahalah untuk masuk dalam kerjaya industri tersebut dan belajar teknik melabur untuk jadi jutawan. Uktuk itu belajar dari mereka yang dah berjaya, dapatkan ilmunya dari Kerjaya Mewah Oil & Gas Dan Jadi Jutawan Industri