Quantcast
Channel: Pendapatanda
Viewing all articles
Browse latest Browse all 600

Apa hukum orang yang sembah tokong?

$
0
0


Bila disebut tetang apa hukum orang yang sembah tokong, ada berbagai jawapan yang bakal timbul di negara kita. Ini disebabkan terdapat berbagai kaum, bangsa serta agama yang mendiami negara Malaysia, selain daripada orang Islam.

Walaupun perlembagaan mengatakan bahawa Islam merupakan agama persekutuan, ia tidak punyai apa-apa makna kerana persekutuan itu bukanlah satu makhluk berupa manusia ataupun jin yang diwajibkan memeluk agama Islam.

Bubuhlah apa saja agama pada persekutuan, tidak akan membawa persekutuan itu sendiri ke neraka. Pendapat mengenai agama persekutuan itu saya pinjam daripada pendapat Kassim Ahmad.

Oleh itu bila kita sebut apa hukum sembah tokong, akan ada yang bangun berkata itu orang yang mulia. Kalau anda mendengar jawapan sebegitu di Batu Cave, itu adalah perkara biasa. Begitu juga jika ada berada berhampiran mana-mana tokong Buddha di Pulau Pinang atau Ipoh.

Bagi orang Islam pula apa hukum sembah Tokong?

Saya sebagai orang Islam dan begitu juga dengan majoriti orang Islam lain di negara kita tentu jelas dan terang sekali dengan pertanyaan ini. 

Kita semua tahu jawapannya bahawa orang yang sembah tokong atau apa-apa saja berhala adalah satu perbuatan kufur. Orang yang melakukannya pula akan dipanggil sebagai orang kafir.

Tak ada pertikaian dalam bab ini walaupun ada orang yang saya kenal bukan penganut agama Islam yang tak suka orang Islam panggil mereka orang kafir. Saya tak pasti apa alasan yang membuatkan mereka marah bila dipanggil kafir.

Apapun pendapat orang, sekurang-kurangnya itulah yang saya percaya selama ini. Bahawa semua orang Malaysia, atau mana-mana negara di dunia ini yang menyembah berhala atau tokong adalah orang kafir. Mereka kufur kepada Pencipta mereka dengan menyembah selain daripadaNya.

Fikir semula apa hukum orang yang sembah tokong


Setelah membaca posting terbaru Dr. Asri, saya mula berfikir semula semua permasalah ini dengan laju. Dr. Asri dalam artikelnya menempelak sikap orang yang suka menghukum dengan mudah akan kekufuran dan masuk neraka apabila melakukan perkara yang membatalkan iman.

Beliau memetik tulisan Imam Ghazali yang menghuraikan perkara beriman setelah mendapat penjelasan tentang Allah dan Rasulnya. Tidak boleh kita labelkan sebagai Kafir dan masuk neraka jika penghujahan tentang kebenaran, yakni tentang Allah dan Rasul tidak sampai kepada mereka.

Kalaupun sampai, maklumat tentang Allah dan Rasul itu tidak betul sebagaimana yang sepatutnya. Mereka yang tidak beriman dengan agama Islam telah diberikan gambaran dan penghujahan yang salah atau tidak tepat lalu membuatkan mereka tidak mencari dan menerima kebenaran.

Dr. Asri juga berpendapat bahawa penyebaran dakwah tentang Allah dan Rasul di zaman sekarang adalah lebih mencabar dan tidak sama dengan zaman terdahulu. Selagi mereka tidak mendapat penghujahan yang membolehkan mereka menerimanya, selagi itulah mereka terselamat. 

Saya faham dengan kenyataan itu sebagai syarat untuk layak digelar kafir dan masuk neraka memerlukan mereka menerima hujah dan kebenaran yang disampaikan namun tetap engkar dan tidak mahu memeluk Islam!...perghhhh! susahnya!, selagai mereka tak menerima hujah anda tentang kebenaran Islam, maka selagi itulah mereka selamat dari api neraka!

Nampaknya ramai orang yang sembah Tokong masih tidak layak dikecam kafir masuk neraka!

Lalu saya tertanya-tanya siapa yang pernha menyampakan tentang Allah dan Rasul kepada Sammy Vellu, kepada Lim Guan Eng, kepada Lim Kit Siang, kepada Chua Soi Lek, kepada Ah Chui, kepada Ramasamy, kepada kepala sami di Batu Cave, kepada Ah Moi yang sering ke tokong di Pulau Pinang dan kepada ramai lagi......terlalu ramai!

Dan apalah mereka menerima penghujahan anda namun tetap menolaknya..lalu melayakkan mereka digelar Kafir masuk Neraka. Kalau belum atau sudah disampaikan tetapi mereka menolaknya, maka sebenarnya selamat di hari kemudian nanti jika berterusan begitu dan mati dalam keadaan itu...!

Tidakkah anda rasa mereka sebenarnya lebih beruntung daripada orang Islam yang mengucapkan dua kalimah syahadah tetapi melakukan banyak kemungkaran?.

Begitulah coretan pendapat kali ini yang sebenarnya sebuah coretan yang cukup berat dan mengajak anda benar-benar berfikir tentang persoalan apa hukum orang yang sembah Tokong....atau lebih tepat sekali apakah Sammy Vellu contohnya, selamat walaupun menyembah Berhala?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 600