Jom bercuti ke Bukit Fraser
Ini kali kedua saya bawa isteri dan anak-anak bercuti ke Bukit Fraser. Perjalanan kali pertama sebelum ini ke Bukit Fraser merupakan perjalanan terkejut tidak dirancang. Kami sekeluarga ketika itu tidak bersedia dengan kelengkapan pakaian untuk menghadapi suasana cukup sejuk di atas bukit itu.Jadi kali ini, bila cakap akan ke Bukit Fraser, masing-masing dah tahu apa yang patut di bawa. Semua anak-anak dah bersedia dengan pakaian sejuk masing-masing selepas terkena kejutan kesejukkan pada kali pertama dulu.
Kenapa bercuti ke Bukit Fraser
Perancangan awal untuk cuti sekolah kali ini adalah untuk masuk hutan di Kuala Tahan. Saya merancang nak bawa sekeluarga ke sana merasai pengalaman masuk ke Taman Negara. Banyak idea dah tersusun dalam kepala bila bayangkan kami sekeluarga di sana.Kami akan menginap di Chalet kat Kampung Kuala Tahan dan akan masuk taman negara pagi-pagi dengan naik perahu menyeberangi sungai untuk masuk ke hutan. Di dalam hutan pulak boleh jungle tracking untuk naik ke titi gantung yang panjang kat dalam taman tersebut.
Terbanyang juga nak bawa anak-anak meredah arus deras jeram di sungai kat sana dengan menaiki bot. Selepas itu nak bawa mereka bersantai dengan orang asli di Kuala tahan itu...dan macam-macam lagi aktiviti ada dalam kepala.
Bila tiba waktunya, saya beritahu isteri agar bersiap bawa pakaian untuk masuk hutan. Dia bawa pakaian lasak sahaja dan mengemas semua khemah dan tikar. Saya pula pergi beli bahan spray serangga nyamuh dan bersedia dengan tembakau dan lampu suluh dan sebagainya.
Kemudian tergerak pula sehari sebelum bertolak untuk menelefon salah satu chalet di Kampung Kuala Tahan untuk bertanyakan kekosongan.
" Assalamualaikom! kak!", saya memberi salam ketika mendengar suara seorang perempuan menjawab panggilan saya. "Saya nak tanya samada chalet masih ada yang kosong, kalau ada nak tempah!", sambung saya lagi.
"Aaaa!, datang saje, tak payah nak tempah-tempah", jawab kakak itu selamba. Saya hairan dengar jawapannya macam tak minat nak berniaga pulak?.
"Eh!, tak ada orang ke kakak, kan cuti sekolah ni?" tanya saya ragu-ragu.
"Memang tak ada orang, kosong!, kami semua tunggu nak kena pindah saje ni...dah 3 hari hujan tak henti, bila-bila saja boleh banjir!", jawabnya selamba.
"Ohhhh! patut lah tak ada orang!, hehehe!...tak apalah kakak. Terima kasih", saya tamatkan perbualan di situ. Patutlah dia suruh pergi saja tak payah tempah chalet. Rupanya mereka sedang bersedia nak pindah kerana kawasan dah nak tenggelam!.
Nasib baik saya telefon terlebih dahulu sebelum bertolak ke Pahang sana. kalau tidak saya bawa anak-anak main banjirlah jawabnya. Sebab itulah percutian ditukarkan ke Bukit Fraser dan bukannya ke Kuala Tahan seperti yang dirancang.
![]() |
Pemandangan pintu masuk ke Bukit Fraser sebaik saja kita sampai dari bawah. |
Anak-anak memang seronok bercuti ke Bukit Fraser
Bagi anak-anak, mereka tak kisah ke manapun. Walaupun mereka nampaknya tak sabar nak masuk hutan setelah saya belikan setiap seorang teropong, mereka gembira juga bila perjalanan bertukar ke Bukit Fraser.Teropong yang dibeli boleh digunakan untuk teropong burung kat Bukit Fraser yang memang terkenal dengan tempat meninjau ratusan spesis burung. Setiap tahun ada acara meneropong dan mengenal pasti spesis burung di Bukit Fraser di anjurkan oleh para penggemar burung di sana.
Anak-anak saya nak sangat teropong itu bila diberitahu pada mereka nak masuk hutan. Mereka terus nak dapatkan teropong bila saya kata dalam hutan ada harimau, gajah, beruang dan lain-lain binatang liar. Kalau ada teropong bolehlah lihat semua binatang itu dari dekat, kata mereka.
Walau macam manapun, bercuti ke Bukit Fraser tetap mereka suka sebab satu perkara sahaja...sejuk!, itu saja yang membuatkan mereka suka naik atas bukit tersebut.
Rasanya tak perlu beritahu macam mana nak ke Bukit Fraser kerana terlalu mudah untuk ke sana, insyaallah tak sesat kalau pandai baca signboard.
Saya paparkan sedikit gambar ketika bercuti ke Bukit Fraser baru-baru ini....lepas ini mungkin saya update sikit apa aktiviti yang kami sekeluarga lakukan ketika berada di atas Bukit Fraser.