Perkataan 'santau' dah dikenali sejak waktu kecil dulu lagi.
Amat jarang seorang budak Melayu yang membesar di kampung, tidak kenal akan perkataan santau ini. Biasanya budak kampung macam saya tahu apa maknanya santau.
Namun begitu, jom kita lihat sebentar makna perktaan santau yang diberikan oleh Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.
Santau yang biasa kita dengar dari mulut ke mulut
Ketika remaja dahulu, setiap kali balik naik bas dari KL untuk pulang ke kampung di waktu cuti, orang tua akan berpesan jangan singgah makan di kawasan makan tertentu. Kalau bas berhentipun, keluar kalau hanya nak ke tandas buang air, tapi jangan makan. Itu kawasan keras orang suka santau orang.
Suatu ketika dulu, kawasan di Grik, merupakan salah satu tempat yang ramai orang kampung takut nak makan. Heboh orang sebarkan cerita ramai orang yang sakit terkena santau selepas singgah makan di Grik. Sampai sekarang, maklumat santau masih beredar terutamanya di kawasan kedai makanan yang ada di negara kita.
Bagaimana orang santau
Saya biasa dengan cerita kononnya kes santau meningkat apabila beberapa anak murid daripada bomoh santau dah keluar graduasi pembelajaran ilmu santaunya daripada sang guru. Bila dah habis belajar, anak murid kena amalkan ilmu tersebut. Kalau tak diamalkan boleh makan diri.
Oleh itu bila kes kena santau maningkat di merata tempat sebegitu, orang tua akan kata itu tandanya ada dua atau tiga anak murid belajar santau tengah sudi ilmunya. Bukannya mereka santau disebabkan ada dendam atau marah pada orang, cuma nak praktis ilmu santau sahaja.
Dalam hal nak praktik ilmu itu, sudah tentu pengamalnya akan memilih muka macam mana atau perwatakan macam mana yang akan menjadi mangsanya. Jadi biasanya jika muka anda tak hensom, berlagak dan sombong pulak, alamat menjadi pilihanan untuk dikenakan amalan praktikal itu.
Selain itu, orang santau orang lain adalah atas dasar membalas dendam tak puas hati terhadap sesuatu. Bagaimana santau dilepaskan pada mangsanya biasanya akan menggunakan khidmat bomoh yang cekap menyantau orang.
Ramuan santau akan dihantar dengan cara halus yang kita panggil sihir untuk dimasukkan ke dalam makanan minuman atau makanan mangsa tanpa disedarinya. Dengan pancaindera biasa yang kita ada agak sukar untuk mengetahui bahawa ada santau di dalam pinggan atau cawan kita.
Amalan doa untuk elakkan diri dari bahaya santau
Masa remaja dulu saya ada menerima satu jampi serapah yang saya sendiri langsung tak paham apa maksudnya. Tetapi biasalah waktu itu, bila dapat petua dari orang yang lebih arif dan kita hormati dan kita anggap hebat, akan terus diterima tanpa banyak soal.
Begini jampi serapahnya kalau tak silap saya,
Masa tu kami (ada seorang lagi kawan saya) akan sering baca jampi serapah ni bila ada sesuatu masalah yang perlu dihadapi. Caranya mudah saja, baca serapah tu 3 kali, gunakan ibu jari kanan, masukkan perut ibu jari kanan ke mulut untuk menyentuh lelangit. Sapu pada tangan dan usap pada kepala. Selesai!.
Peringatan!!!, itu cara kuno yang tak ada sandaran. Jadi jangan sesekali amalkannya. hanya perkongsian maklumat untuk kita kenal amalan pelik yang tak perlu diamalkan.
Ini amalan yang betul untuk elak santau
Setiap kali anda nak keluar rumah baca doa yang akan saya berikan nanti. Bila nak makan atau minum di perantauan juga amalkan membaca doa tersebut sebelum nak menjamah atau minum makanan anda. Doanya adalah seperti di bawah:
Amalkannya untuk dibaca sebanyak 7 kali sebelum memulakan perjalanan. Fahami maksudnya dan berserahlah pada Allah. Ayat tersebut adalah petikan daripada hadith nabi yang diriwayatkan oleh Tirmizi. Rasulullah menyuruh kita membacanya sebanyak 3 kali pagi dan 3 kali petang. Baca sini untuk keterangan lanjut
sumber gambar

"Sejenis racun yg paling berbahaya yang diperbuat daripada berbagai-bagai ramuan"Penerangan terhadap perkataan santau yang disebutkan di atas tidak pula memberi tahu bagaimana santau di kenakan pada orang ramai. Tidak juga diberikan penerangan bahawa santau dimasukkan ke dalam makanan orang yang disasarkan.
Santau yang biasa kita dengar dari mulut ke mulut
Ketika remaja dahulu, setiap kali balik naik bas dari KL untuk pulang ke kampung di waktu cuti, orang tua akan berpesan jangan singgah makan di kawasan makan tertentu. Kalau bas berhentipun, keluar kalau hanya nak ke tandas buang air, tapi jangan makan. Itu kawasan keras orang suka santau orang.
Suatu ketika dulu, kawasan di Grik, merupakan salah satu tempat yang ramai orang kampung takut nak makan. Heboh orang sebarkan cerita ramai orang yang sakit terkena santau selepas singgah makan di Grik. Sampai sekarang, maklumat santau masih beredar terutamanya di kawasan kedai makanan yang ada di negara kita.
Bagaimana orang santau
Saya biasa dengan cerita kononnya kes santau meningkat apabila beberapa anak murid daripada bomoh santau dah keluar graduasi pembelajaran ilmu santaunya daripada sang guru. Bila dah habis belajar, anak murid kena amalkan ilmu tersebut. Kalau tak diamalkan boleh makan diri.
Oleh itu bila kes kena santau maningkat di merata tempat sebegitu, orang tua akan kata itu tandanya ada dua atau tiga anak murid belajar santau tengah sudi ilmunya. Bukannya mereka santau disebabkan ada dendam atau marah pada orang, cuma nak praktis ilmu santau sahaja.
Dalam hal nak praktik ilmu itu, sudah tentu pengamalnya akan memilih muka macam mana atau perwatakan macam mana yang akan menjadi mangsanya. Jadi biasanya jika muka anda tak hensom, berlagak dan sombong pulak, alamat menjadi pilihanan untuk dikenakan amalan praktikal itu.
Selain itu, orang santau orang lain adalah atas dasar membalas dendam tak puas hati terhadap sesuatu. Bagaimana santau dilepaskan pada mangsanya biasanya akan menggunakan khidmat bomoh yang cekap menyantau orang.
Ramuan santau akan dihantar dengan cara halus yang kita panggil sihir untuk dimasukkan ke dalam makanan minuman atau makanan mangsa tanpa disedarinya. Dengan pancaindera biasa yang kita ada agak sukar untuk mengetahui bahawa ada santau di dalam pinggan atau cawan kita.
Amalan doa untuk elakkan diri dari bahaya santau
Masa remaja dulu saya ada menerima satu jampi serapah yang saya sendiri langsung tak paham apa maksudnya. Tetapi biasalah waktu itu, bila dapat petua dari orang yang lebih arif dan kita hormati dan kita anggap hebat, akan terus diterima tanpa banyak soal.
Begini jampi serapahnya kalau tak silap saya,
"Om na jok koi, mu juk koi, pai jok na, yak juk lang, yak juk mu..."Ha! ada faham ke apa maknanya?, saya pun tak tahu dan masih teringin nak tahu kalau ada yang boleh faham apa yang dia sebut. Ingat-ingat lupa sebab dah terlalu lama tersimpan berkarat dalam salah satu folder di kepala otak ini.