Quantcast
Channel: Pendapatanda
Viewing all articles
Browse latest Browse all 600

Ramai orang berebut beli tudung Fareeda untuk dapat pahala - Video Inside

$
0
0
Untuk apa lagi tujuannya nak berebut beli tudung kalau bukan untuk dapatkan pahala ? Bukankah kita telah diajar bahawa menutup aurat itu adalah wajib dan tidak ada pahala yang besar selain dari melaksanakan perkara wajib.

Oleh kerana pakai tudung itu wajib dan dapat pahala besar, maka usaha untuk melaksanakannya juga akan mendapat pahala yang besar. Usaha untuk melaksanakan amalan pakai tudung itu tentu termasuk aktiviti beratur membeli tudung.

Jadi secara mudahnya orang ramai berebut nak beli tudung jenama baru yang dinamakan sebagai Sweet Love yang dikeluarkan oleh Fareeda itu adalah demi untuk mendapatkan pahala. Betulkah andaian tersebut ?

Berebut beli tudung macam lembu

Ekoran peristiwa berebut beli tudung beratus bertolak-tolak dan menjerit-jerit, ia mendapat liputan dan komen dari berbagai pihak. Terutamanya mereka yang tak berpuas hati.

Salah seorang terkenal yang komen ialah Wardina Safiyyah. Seorang ibu anggun yang bertudung yang asalnya merupakan seorang artis terkenal dalam dunia lakonan. Semenjak berkahwin dan mengenakan tudung Wardina lebih cenderung ke arah menjadi seorang muslimah yang anggun pula.

Dia banyak menyebut zikir dan ayat-ayat arab ke arah kesedaran kepada kebesaran tuhan. Mulutnya sering basah memohon ampun. Wardina juga banyak mengkritik perkara-perkara yang bertentangan dari segi syariat.

Dalam bab berebut beli tudung tersebut, Wardina mengkritik pemilik Fareeda kerana tidak memilih cara yang sesuai untuk melayan para pelanggan yang terdiri dari kalangan manusia. Cara pemilik Fareeda menguruskan jualan istimewa mereka adalah seperti cara kuno yang jika dilihat dalam video seolah-olah manusia yang berebut tersebut dilayan seperti lembu yang beratur untuk makan rumput.

Berebut beli tudung strategi pemasaran

Namun begitu, pemilik Fareeda beranggapan apa yang mereka lakukan itu adalah strategi pemasaran untuk melariskan jualan tudung mereka, tidak lebih dari itu dan bukannya nak layan pelanggan mereka macam lembu.

Betul juga !, kenapa nak salahkan pemilik Fareeda jika orang ramai yang datang berebut beratur nak ambil nombor giliran itu sendiri tidak kisah jika mereka dilayan seperti lembu. Jadi salah orang ramai itulah, yang salah meletakkan nilai terhadap sesuatu perkara.

Berebut beli tudung vs berebut cium Hajarul Aswad

Satu lagi perkara menarik yang nampak tak elevan untuk dibandingkan dengan berebut beli tudung itu adalah membandingkannya dengan sikap umat islam yang menunaikan Haji berebut mencium Hajarul Aswad.

Ada komen di FB yang menyamakan keadaan tersebut yang bagi mereka tidak sepatutnya berlaku. Orang ramai berebut nak cium Hajarul Aswad juga untuk mendapatkan ganjaran pahala. Untuk itu maka ramai yang sanggup bertolak terajang, sigung menyigung tak kira lelaki perempuan tua muda.

Tapi rasanya menyamakan kes berebut tudung dengan berebut cium Hajarul Aswad adalah tidak berapa kena. Kita perlu lihat tujuan utama orang ramai berebut terlebih dahulu. Apakah yang hendak dicapai.

Orang ramai berebut nak beli tudung Sweet Love Fareeda adalah bertujuan untuk dua perkara. Pertama untuk mendapatkan stok tudung baru tersebut bagi dijual semula dengan harga yang melambung tinggi. Atau mungkin untuk dapatkan sample dan kemudiannya diciplak untuk dijual semula pada yang berminat dan tak kisah dengan barang ciplak.

Tujuan kedua untuk beli tudung Fareeda adalah demi mendapatkan status atau menaikkan darjat pemakainya di mata orang lain. Boleh diringkaskan segalanya menjurus ke arah riak menunjuk-nunjuk dan bukanlah sangat untuk menutup aurat demi menunaikan kewajiban sebagai seorang muslimah.

Berebut beli tudung jadi lembu

Nampaknya memang betul juga apa yang Wardina katakan. Tapi bukannya salah pemilik Fareeda yang melayan pembeli mereka macam lembu. Sebaliknya memang mereka yang berebut bertolak bersigung menjerit demi mendapatkan nombor giliran untuk membeli tudung, merupakan mereka yang ada pemikiran seekor lembu.

Lembu tidak dapat menggunakan akal mereka untuk membuat keputusan. Biasanya lembu akan buat apa saja berdasarkan untuk samada makan rumput atau minum air. Untuk itu mereka, lembu tidak akan berfikir panjang untuk lintas jalan sebab fokus pada nak makan atau minum. Akhirnya kena langgar melambung atas jalan raya. Tapi itulah lembu, tak boleh berfikir dan buat pertimbangan antar baik dan buruk, mana yang lebih penting dan mana yang tidak penting.

Rumusannya memang boleh dikatakan manusia yang tidak mampu menentukan mana yang penting dan man yang tak penting adalah sama seperti lembu. Anda boleh lihat peristiwa memalukan itu di video yang dikepilkan di bawah:



 Apa pendapat anda ?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 600