Quantcast
Channel: Pendapatanda
Viewing all articles
Browse latest Browse all 600

Antara budaya Arab, budaya Melayu dan Islam

$
0
0
Hari ini Sultan Johor bertitah pada mereka yang suka nak ikut budaya orang Arab agar pergi saja tinggal di Arab Saudi. Berikut antara titah Baginda Sultan Johor dalam temuramah dengan The Star,

"Jika ada sebahagian daripada anda mahu menjadi orang Arab dan mengamalkan budaya Arab, serta tidak mahu mengikut adat istiadat dan tradisi Melayu kita, itu terpulang kepada anda,” 
 "Saya juga mengalu-alukan anda untuk tinggal di Arab Saudi"

Ramai lagi orang kita yang berfikiran terbuka memberikan pendapat yang sama terhadap fenomena Arabisasi di negara kita. Ada dua proses Arabisasi yang berlaku di sini terutamanya. (Sumber gambar)

  1. Proses Arabisasi terhadap Islam - Mencampur adukkan antara ajaran Islam yang ada dalam Al-Quran dengan budaya Arab sehingga akhirnya tak dapat bezakan mana satu Islam dan mansa satu budaya orang Arab. Juga menganggap apa saja yang Arab itu adalah Islam.
  2. Proses Arabisasi terhadap orang Melayu - Orang Melayu adalah beragama Islam dan satu kriteria untuk melayakkan orang melayu itu diiktiraf sebagai Melayu perlu beragama Islam. Dari situ orang Melayu berusaha untuk mengamalkan Islam sebaik mungkin dan satu dari caranya adalah dengan mengamalkan budaya orang Arab. Ini juga kesan dari proses Arabisasi terhadap Islam itu sendiri.

Dua fenomena di atas itu saling berkait rapat antara satu sama lain. Budaya orang Melayu yang terkenal sebagai lemah lembut bersopan santun, terkanal dengan pakaian dan tradisi amalan mereka sendiri, juga punyai bahasa mereka sendiri telah mula pudar.

Ramai orang Melayu sekarang lebih selesa meniru budaya orang arab dalam segala hal termasuklah pakaian, makanan, percakapan dan lain-lain seumpamanya. Terutamanya dari segi terma, penggunaan Bahasa Arab amat ketara sekali diserapkan dalam ucapan harian orang Melayu.

Antara orang yang laing banyak menyelitkan istilah Arab dalam Bahasa Melayu adalah para Ustaz dan Ustazah. Begitu juga orang politik dari parti PAS amat gemar menggunakan istilah Bahasa Arab ke dalam ucapan dan ceramah mereka. Perkara ini juga ditegur oleh Sultan Johor.

Bagi Sultan Johor, dia selesa dengan budaya Melayu dan menggunakan terma-terma Bahasa Melayu sejak lama dahulu.

Oleh itu, tak ada pasal untuk dia menukarkan segala terma yang ada dalam Bahasa Melayu kepada terma Bahasa Arab. Antara contoh yang Baginda Sultan Johor berikan adalah seperti Hari Raya dengan Eid Al Fitr dan Buka Puasa dengan Iftar.

Punca paling utama semuanya jadi begitu adalah disebabkan keyakinan bahawa sesuatu itu akan menjadi lebih Islamik apabila perkataan Arab digunakan. Orang kampung akan sokong dan iktiraf seseorang itu sebagai ustaz handal bila dia sering sebut segala istilah dalam Bahasa Arab dalam perkataannya.

Ucapan happy birthday dalam Arab

Sambutan hari jadi satu masa dahulu pernah menjadi pertikaian samada dibenarkan menyambutnya atau tidak. Budaya Barat mempunyai amalan serius terhadap mengingati tarikh kelahiran orang yang mereka sayang dan menterjemahkannya dengan mengadakan sambutan yang khas.

Ada majlis sambutan hari jadi dengan tiupan lilin, makan dan minum serta dijemput sanak saudara dan rakan-rakan untuk meraikan orang yang menyambut hari kelahirannya. Itu budaya orang barat. Budaya itu juga bagi orang kampung adalah budaya Kristian. Mereka samakan saja antar agama dengan budaya di situ.

Saya tak pasti apakah budaya orang Melayu dalam bab sambutan hari lahir ini. Tidak pernah saya jumpa sesuatu yang unik yang benar-benar menggambarkan budaya Melayu dalam mengingati tarikh lahir seseorang. Saya sendiri sejak kecl sampai besar tak pernah perduli untuk sambutan hari lahir. Hanya ambil tahu saja sekadar untuk peka kepada perubahan umur.

Sekarang orang ramai dah selesa menyambut hari lahir. Ada berbagai amalan yang orang kita buat dalam menyambut hari lahir orang yang mereka sayang. Bagi yang ikut budaya barat seperti buat kek dan tiup lilin, itu dikatakan budaya rosak.

Malah sekarang sambutan hari lahir nampak amat Islamik sekali. Saya baca ramai orang tulis Sanah Helwah pada para sahabat mereka yang menyambut hari kelahiran. Dengan menggunakan perkataan itu, maka amat Islamiklah jadinya sambutan hari jadi sekarang. Semuanya hanya kerana perkataan Arab digunakan sebagai kata-kata ucapan sambutan hari jadi.

Budaya berpakaian arab dan Melayu

Selain dari bahasa, budaya atau cara berakaian juga ada banyak perubahan. Melayu ada pakaian mereka sendiri, malah bangsa lain seperti Cina dan India dan sebagainya ada budaya pakaian masing-masing.

Kini orang Melayu gemar memakai pakaian ala arab. Lihat saja jubah pahlawan yang didakwa mendapat tempahan dua juta !. Kaum wanita juga gemar memakai jubah arab yang hitam itu. Orang lelaki pun sama suka pakai jubah arab.

Fenomena ini juga membuatkan ada orang yang rasa tidak selesa. Mereka rimas dengan keadaan orang Melayu yang mengadaptasi budaya Arab ke dalam amalan kehidupan mereka dari segi pemakaian.

Tak salah serap budaya Arab atau Barat

Saya rasa tiada apa apa masalah sebenarnya untuk menyerap apa saja budaya yang mendatangkan manfaat pada bangsa Melayu. Samada budaya Arab atau budaya barat, Cina atau India kita boleh serapkan ke dalam amalan kehidupan kita.

Yang pentingnya adalah samada ianya praktikal atau tidak untuk kegunaan kehidupan yang lebih cekap dan berjaya. Dari segi istilah atau bahasa, apa saja bahasa yang menjadi bahasa Dunia perlu kita sesuaikan dan serapkan dalam bahasa kita kerana ada faedahnya.

Dari segi pakaian, apa saja jenis yang menyerlahkan diri pemakainnya dan membantu keselesaan dan amat praktikal dalam urusan kerja serta bersesuai dengan cuaca boleh kita serapkan.

Apa saja yang diserap mestilah dikaji terlebih dahulu peranannya dan faedahnya untuk diri sendiri. Kalau sama saja kesannya samada guna budaya Melayu atau Budaya Arab (atau lainnya), seeloknya kekalkan saja budaya Melayu, kenapa nak tukar.

Panjag juga kalau nak fikirkan pasal bab penyerapan budaya luar ke dalam bangsa Melayu ini... apa pendapat anda ?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 600