Quantcast
Channel: Pendapatanda
Viewing all articles
Browse latest Browse all 600

Hari pertama anak masuk sekolah

$
0
0
hantar anak masuk sekolah hari pertama


Hari ini merupakan hari pertama musim sekolah dibuka semula. Jika dikalangan ibubapa ada anak berumur 7 tahun, hari ini merupakan hari pertama anak masuk sekolah. Hari pertama masuk secara rasmi seperti kesemua abang/kakak yang lain.

Saya merupakan salah seorang daripada ibubapa yang masuk sekolah hari ini. Terpaksa masuk sekolah kerana ada anak yang masuk darjah satu.

Hari selasa lalu, anak sudahpun merasa pengalaman masuk sekolah darjah satu. Itu adalah program orientasi dan ujian tahap pemahaman darjah satu. Selain dari murid diberikan ujian, para ibubapa juga diberikan taklimat oleh pihak sekolah.

Taklimat hari orientasi pada ibubapa untuk hari pertama anak masuk sekolah

Berbagai maklumat diberikan oleh pihak sekolah agar para ibubapa faham betapa mencabarnya menguruskan jumlah para pelajar yang ramai. Jumlah yang mendaftar darjah satu sahaja mencecah seramai 470 orang!!!.

Bayangkan cabaran untuk mengawal jumlah sebesar itu dengan keadaan sekolah yang tidak berapa kondusif sebagai sekolah selamat. Depan sekolah jalanraya, dan padang awam, sebelah sekolah Taman Perumahan, Sebelah satu lagi Tasik.

Sekolah pula tak ada padang sendiri, tak ada kawasan yang luas untuk perhimpunan. Bangunan sekolah sempit tanpa ruang santai, ruang lalu lintas dan ruang lebihan yang selesa.

Mesejnya mudah saja: Ibubapa perlu fahami bahawa ruang sekolah sempit dan sila berikan kepercayaan pada para Guru untuk menguruskan anak-anak mereka. Lihat saja anak-anak dari jauh. Berikan ruang pada para guru untuk beraksi.

Datangnya hari pertama masuk sekolah

Bila datangnya hari pertama persekolahan tadi, penuh jalan dengan kereta, motor dan para ibubapa terkinja-kinja, terpinga-pinga. Jalan raya sesak dan habis segala ruang padang letak kereta dipenuhi kenderaan.

Masing-masing hantar anak masuk sekolah darjah satu. Semuanya ceria dan seronok melebihi rasa gemuruh dan gementar anak-anak mereka.

Bila anak-anak berhimpun sebelum masuk kelas, maka habis seluruh kawasan perhimpunan dikepung oleh para ibubapa. Kelihatan kedua-dua tangan terangkat sambil satu jari menekan skrin telefon pintas mereka.

Semua sibuk ambil gambar dengan telefon pintas masing-masing. Mereka dah lupa anak-anak perlui masuk kelas sedangkan tak ada ruang langsung untuk keluar dari perhimpunan.

Para guru menjerit agar ibubapa bersurai untuk membolehkan anak-anak mereka masuk ke kelas....kecoh!!! Bayangkan untuk setiap murid darjah satu seramai 470 orang itu dihantar oleh sekurang-kurangnya dua orang, ibu dan bapa!, ada juga yang datang satu keluarga sampai 3 atau 4 orang...seronok!.

Jumlahnya boleh mencecah lebih daripada seribu orang ibubapa yang seronok...! tambah pula dengan pelajar darjah dua, tiga. Tambah pula dengan pelajar darjah 4, 5 dan darjah 6 berpusu-pusu keluar sekolah...! Havoc!.

Budaya ibubapa kecuh hantar anak masuk sekolah yang pelik

Saya teringat zaman sekolah dulu. Sejak hari pertama kalau ada abang bersekolah sekali, maka tugas bawa adik ke sekolah diambilnya. Semua anak-anak dihantar ke sekolah dan ibubapa terus pulang.

Pandai-pandailah anda cari jalan untuk hidup. Zaman sekolah saya dulu lagi mencabar. Nak ke sekolah perlu naik bas, kemudian berjalan kaki setengah jam dari stesen bas baru sampai sekolah. Semua buat sendiri saja.

Tak ada masa ayah nak tunggu terperap duduk pada akar pokok angsana. Balik rumah berkebun lagi bagus, balik rumah halau burung pipit di bendang lagi bagus. Itu latihan pada anak jantan macam saya. Jangan takut!.

Sekarang bila hantar anak masuk sekolah, saya buat perkara sama dengan hantar dan lepaskannya berdikari. Tapi malangnya bila lihat semua ibubapa tunggu anak-anak masing-masing dari mula sampai waktu balik.

Saya tertanya-tanya..'apakah aku yang tak betul atau mereka yang tak betul...?' Apa kata anak nanti bila dilihat bapanya tak ada sedangkan semua kawan-kawannya disuap makan dan minum oleh ibubapa ketika rehat.

Serba salah jadinya...mana satu yang betul? apakah anak-anak kita perlu dimanjakan begitu untuk melihat mereka membesar dan berjaya...?

Itulah coretan hari pertama ibubapa masuk sekolah..sama dengan anak-anak masuk sekolah. Apa pendapat anda? budaya apa yang kita bina agaknya?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 600