Quantcast
Channel: Pendapatanda
Viewing all articles
Browse latest Browse all 600

Cuti Jumaat Sabtu di negeri Johor, apa pendapat anda?

$
0
0
cuti jumaat sabtu di negeri johor
Antara berita terhangat di negara kita sekarang ini adalah berkenaan pengumuman Sultan Johor untuk cuti Jumaat Sabtu di negeri Johor Darl Takzim. Ramai orang sedang bercakap mengenai cuti Jumaat Sabti di negeri Johor sekarang ini samada di blog, FB, maupun di media massa popular dan juga tak popular.

Ada dua isu yang diperbincangkan menyentuh cuti jumaat sabtu di negeri Johor:

Isu #1. Menyentuh masalah agama.

Orang kaitkan cuti jumaat sabtu di ngeri Johor dengan amalan agama Islam. Lalu terdapatlah perbahasan menarik samada orang Islam patut bercuti daripada bekerja pada hari Ahad sebagaimana yang dunia sekarang amalkan sekarang atau adakah orang Islam sepatutnya bercuti pada hari penghulu segala hari buat umat Islam iaitu Jumaat.

Saya ada terbaca lontaran menarik dari Saudara Shahabudeen Jalil, seorang usahawan borong ke negeri China yang mengambil ayat Al-Quran berkenaan perintah menunaikan solah Jumaat. Maksud lebih kurangnya menyuruh umat Islam agar berhenti dari kesibukan urusan dunia buat sementara waktu untuk menunaikan solat. Dan selepas bersolat Jumaat, maka bertebaranlah semula untuk menjalankan urusan masing-masing mencari rezeki.

Saudara Shahabudeen Jalil mengambil sudut bekerja di dalam ayat itu dengan mengatakan satu-satunya ayat yang menyuruh kita berkerja menjalankan urusan seperti berniaga dan lain-lain seumpamanya adalah ayat berkenaan hari Jumaat itu, oleh itu, menurut pendapat Shahabudeen, Sayugia bagi umat Islam untuk tidak bercuti pada hari Jumaat kerana tak ada ayat lain yang menyuruh kita bekerja melainkan pada ayat hari Jumaat.

Lontaran pendapat itu mendapat kritikan hebat dari ramai kekawan Islam lain yang berpandangan seolah-olah beliau melawan arus pemahaman orang Islam lain yang mahu memuliakan hari jumaat dengan bercuti.

Bila melihat perbahasan dalam posting tersebut saya rasa ada sedikit campur aduk antara bab cuti dan juga bab hari mulia. Lebih mudah untuk kita faham berkenaan perbezaan cuti dan hari mulia jika kita gunakan istilah orang putih Holiday untuk menggantikan hari berehat atau hari cuti.

Bila disebut perkataan Holiday, maka kita sebagai orang Islam tidak boleh menafikan bahawa Holiday bagi umat Islam adalah hari Jumaat. Bagi orang Kristian pula Holiday adalah hari Ahad manakala Holiday bagi orang Yahudi pula adalah hari Sabtu. Dalam bab ini tak ada kena mengena dengan bercuti atau bekerja, ia adalah urusan agama dalam menentukan hari yang diiktiraf sebagai Holiday atau hari yang dimuliakan.

Oleh itu saya berpendapat agar kita tidak campur adukkan untuk membahaskan samada Islam menyuruh bercuti atau tidak bercuti dari kerja kerana cuti atau berehat adalah urusan keperluan terhadap aktiviti yang diamanahkan untuk menunaikan tugasan atau maslahat umum. Ini membawa kepada satu lagi perbincangan lain seperti di bawah.

Isu #2. Menyentuh masalah produktiviti

Bila menyentuh masalah produktiviti, maka ia melibatkan semua bangsa dan agama yang duduk selangit sebumi di negara kita Malaysia. Ia juga melibatkan urusan negara serta urusan perniagaan antara negara kita dengan seluruh negara lain. Ia juga melibatkan urusan perniagaan antara negeri-negeri yang ada di Malaysia dan juga antara syarikat dengan syarikat di negara kita dan juga luar negara.

Bagi mereka yang mementingkan masa dan keseragaman urusan dalam meningkatkan produktiviti akan membahaskan kerugian urusan apabila hari cuti dengan hari bekerja tidak sama antara satu negeri dengan negeri lain dan juga antara satu negara dengan negara yang lain.

Namun begitu, alasan rugi seperti itu rasanya tidak berapa relevan lagi dalam dunia perhubungan serba canggih sekarang ini. Apa saja urusan sekarang boleh dijalankan dengan hanya berbekalkan telefon pintar atau komputer riba di rumah.

Samada anda bercuti atau tidak bercuti, urusan masih boleh dijalankan dari rumah atau dari tempat percutian. Lagipun ramai orang yang terpaksa bekerja saban hari tak kira siang atau malam, hujung minggu atau pertengahan minggu dalam dunia pembuatan yang berjalan 24 jam sehari 7 hari seminggu tanpa henti. Jadi kat mana masalahnya?

Ada yang rasa masalah cuti adalah masalah agama

Bila kita campur adukkan masalah cuti dengan masalah agama, maka muncullah perbincangan yang berupa tekanan dari penganut agama lain yang dikatakan mahu mengemukakan bantahan untuk memohon cuti pada hari yang dimuliakan oleh agama mereka.

Dalam The Star hari ini, ada menyatakan penganut Hindu, Buddha, Kristian dan lain-lain mahu membahaskan hak mereka untuk bercuti pada hari khas agama mereka. Kalau Kristian, mereka mahu bercuti pada hari ahad kerana itu hari Holiday mereka. Pada penganut Buddha atau Hindu, saya tak tahu samada mereka ada hari Holiday mereka sendiri.

Isu ini timbul di Johor yang telah menukarkan hari cuti mereka pada Jumaat Sabtu tanpa mengambil kira pendapat agama lain sebelum membuat pertukaran. Yang peliknya Johor sebelum tahun 1994 telah lama mengamalkan cuti Jumaat Sabtu dan bagaimana penganut Kristian pada waktu itu menyesuaikan diri mereka? pergilah bertanya dan belajarlah dari mereka dan tak perlulah timbulkan masalah.

Alasan cuti Jumaat Sabtu di negeri Johor banyak berkisar pada kepentingan umat Islam di Johor.

Tidak dapat dinafikan keputusan Johor tukar waktu hujung minggu banyak berkait rapat dengan kepentingan umat Islam di negeri itu. Itu tak boleh dinafikan kerana Johor adalah negeri bersultan dan Sultan Johor merupakan Ketua agama Islam di sana.

Dia menunaikan tanggung jawabnya untuk kemudahan anak-anak negeri Johor pada hari Jumaat bersolat Jumaat dan lebih penting lagi membawa dan mendidik anak-anak mereka ke Masjid untuk bersolat dan mendengar nasihat agama pada waktu Khutbah. Bagus anak-anaka orang Melayu di Johor baguslah negeri Johor dan kebaikannya akan menjalar pada semua orang tak kira apa saja agama atau bangsa.

Biarlah Sultan Johor menjalankan urusannya dan bagi orang yang bukan beragama Islam, sesuaikanlah diri anda dengan keadaan itu sebagaimana majoriti Umat Islam di seluruh dunia yang terpaksa menyesuaikan diri selama ini kerana terpaksa bekerja pada hari Jumaat, dan mereka tak pernahpun mengeluh!!!

banyak yang boleh dibincangkan berkenaan cuti Jumaat Sabtu ini dan masing-masing ada pendapatnya sendiri. Bagi saya Hari Mulia adalah hari Jumaat dan hari cuti adalah bila tak perlu buat kerja.....apa pula pendapat anda? berikan komen di bawah. TK



Viewing all articles
Browse latest Browse all 600